info alatan muzik
Gong merupakan peralatan muzik yang penting dalam persembahan Dikir Barat. Gong adalah tergolong dalam peralatan muzik idiophone Melayu yang silam dan dipercayai berasal dari Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa di Yunan. Dalam persembahan Dikir Barat gong berperanan sebagai bunyi tulang belakang yang mengawal tempo dalam essemble persembahan Dikir Barat. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Dalam persembahan Dikir Barat ia dimainkan bersama-sama dengan gendang ibu dan gendang anak mengikut rentak dan menghasilkan pelbagai irama yang unik. Gong dipercayai sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional Melayu.
Gendang ibu merupakan alat muzik utama dalam persembahan Dikir Barat. Gendang adalah alat muzik pukul yang sering dimainkan di negeri China. Pada zaman purbakala, gendang bukan sahaja dimainkan semasa mengadakan majlis-majlis sosial akan tetapi digunakan untuk mengarah tentera, menghalau binatang, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Sampai kini penggunaan gendang semakin meluas, ia sering digunakan dalam orkestra muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara tarian dan termasuklah Dikir Barat. Dalam persembahan Dikir Barat gendang berperanan mencipta irama lagu yang diperdendangkan. Pemain gendang perlulah memiliki kemahiran yang tinggi dalam aspek meningkah dan memcipta bunga-bunga irama yang unik dan menarik. Kebolehan meneroka corak irama yang rancak dan bertenaga membuatkan persembahan Dikir Barat menjadi menarik dan hebat.
Kadang kala kompang digunakan sebagai mengganti gendang anak dalam persembahan Dikir barat.Peranannya adalah sebagai peningkah atau menganak mengiringi paluan gendang ibu. Kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang, kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Dalam konteks persembahan Dikir Barat kompang yang digunakan biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit, ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan mengepit dicelah kankang sementara itu menepuk dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
.
boria Latar Belakang Sejarah :
Pada mulanya sebagaimana amalan Syiah, mereka melahirkan kedukaan di atas peristiwa tersebut dengan menyeksa diri sendiri. Namun, perubahan masa dan sekatan terhadap penyebaran pemahaman Syiah menyebabkan boria mengambil bentuk baru.Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Dibawa oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19. Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang dikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain. Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan hendaklah sesuai, jika cerita Arab maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Begitu juga dengan muzik dan tarian yang dimainkan juga mirip bentuk Arab termasuklah bahasa yang digunakan pun telor Arab. Sketsanya banyak unsur nasihat berdasarkan isu semasa/isu keluarga dalam mengharungi kehidupan seharian. Boria dikatakan muncul di Pulau Pinang pada penghujung kurun ke-19. Boria menggabungkan elemen-eleman tarian, muzik dan sketsa. Kumpulan boria terdiri daripada ketua kumpulan, penyanyi utama, pelawak dan pemuzik. Ketua kumpulan dinamakan sebagai tukang karang. Ia mempunyai dua bahagian iaitu lakonan dan nyanyian yang disertakan dengan tarian.Pada asalnya boria ini hanya disertai oleh lelaki. Sejarah asal boria adalah dari pengikut Syiah yang mengingati kematian Saidina Hussein di Karbala. Ia kemudiannya berkembang ke Parsi, India dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu. Ia pada awalnya popular dalam kalangan India Muslim yang datang dari India untuk berdagang di Tanah Melayu. Kebanyakan mereka singgah dan menetap di Pulau Pinang.Oleh yang demikian boria berkembang di sini. Antara alat muzik yang mengiringi boria ialah violin, gambus, tabla, gendang, akordion, dan harmonika. Pada masa kini alat muzik lebih kepada peralatan moden seperti pancaragam. Biasanya pertunjukan boria dimulai dengan persembahan sketsa atau lakonan. Kemudian diikuti dengan nyanyian
No comments:
Post a Comment